Tuesday 15 December 2015

CARA PALING MUDAH NAK BUAT SOLAT TAUBAT



Assalamu'alaikum..

Kita ni tak lari dari buat dosa.. Dosa nyata dan dosa yg tak nyata.. Bila terbukak je pintu hati dan mula sedar selama ni banyak buat dosa, hati terus rasa nak bertaubat..

Risau kalau esok lusa mati.. Terus tak sempat.. Tapi ada di antara kita tak berapa pandai.. Solat pun sebelum ni kejap buat kejap tak.. Hafal pun mana yg perlu je.. Ni nak buat Solat Taubat, bila bukak buku, ada do'a.. ada Penghulu Istighfar.. ALLaH.. Dah la tak hafal.. Nak baca arab pun tak tahu.. Abes camne?

Takpe.. Ni saya tunjukkan cara Solat Taubat yg paling mudah.. Satu saya nak tekankan.. Kita bila bertaubat, kita tak boleh assume sekali buat, kompom ALLaH terima taubat.. Kena buat selalu.. Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih.. Pastu rajin nak beribadat.. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.. Tanak lagi buat dosa-dosa lama.. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima..


Solat ni elok buat malam-malam.. Sebelum tidur atau sebelum Subuh.. Waktu sunyi malam.. Bunyi cengkerik je ada.. Baru tenang bila nak mintak ampun dgn ALLaH..

Bersihkan diri.. Amek wudhu..
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki)..
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]


Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x

Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
(Bacalah 10x atau 20x atau 30x) Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..

"AstaghfiruLLaHhal'adziim" /
"AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih".

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..

Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Bukan tak boleh baca do'a taubat atau Penghulu Istighfar, tapi kalau nak baca pun masih terkial-kial, camne? Kita nak mintak ampun ni.. Takkan dgn air mata meleleh-leleh tu jugak kita nak refer kertas baca do'a? Guna je do'a bahasa melayu dulu.. Nanti inshaALLaH bila dah istiqomah, baru la upgrade sikit.. Cari do'a bahasa arab..

Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;

"Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar"

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.. Camne kita nak bersihkan hati..

InshaALLaH, kalau buat selalu, kita akan rasa beban yg ditanggung tu hilang.. Senang kan?
Satu kita kena ingat, ALLaH Maha Pengampun.. RahmatNya melebihi MurkaNya..


Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

Salam sayang dari saya

ayumiera

Friday 6 November 2015

TEMPAT PERCUTIAN YANG MENJADI PILIHAN

Assalamualaikum wbt..moga korang baik-baik saje :-)

Sekarang nie dah nak masuk cuti sekolah da..kejap je kan masa berlalu kan..masa dulu-dlu time cuti sekolah je..mesti banyak homework je yang kena siapkan..pastu siap cikgu buat extra class lagi..
Ma abah siap hantar g tuition lagi nak bagi anak dia pandai...tapi alhamdullilah walau tak pandai..anak dia kira berjaya jugak la jadi manusia yang berguna ;-)tq ma abah..

Kalau cuti sekolah..mesti kita nak cari tempat percutian yang menarik untuk kita release tension ngan family kita,anak-anak kita kan..

Jom survey tempat yang menarik untuk percutian yang sesuai untuk kita sefamily :-)

Gold Coast,Morib

Pantai Port Dickson



Legoland

Yang nie pulak inginkan kedamaian yang jauh dari kota :-
Fraser Hill

Cameron Highland
Nampak sejuk dan nyaman je kan ;-)

Miera lebih prefer cuti kat sini
Negeri kelahiranku

Pekan Mundok,Thailand
haahha..jauh tak miera pergi ...hihi....

Anyway..happy holiday semua :-)

Thursday 5 November 2015

ARANG IKAN BAKAR

Assalamualikum wbt...


Nak promote satu kedai makan yang baru bukak awal tahun nie jugak la..Nama kedai nie "ARANG IKAN BAKAR".Pernah dengar tak??Kalau pernah dengar tapi tak pergi..rugu sangat sangat..Sebab apa rugi..menu dia semua bakar-bakar aje..

Arang Ikan Bakar
Antara menu kedai nie Ikan Bakar(boleh pilih ikan yang kita suka) Ayam Bakar, Kari kepala Ikan,Sup Ayam,Mee Sup dan lain lain lagi..Tapi yang specialnya dia punya samabal dan air asam..pergg memang menjilat jari la :-)

Ikan Bakar
Yang Paling special Signature sendiri dari Arang ikan bakar nie :-
Special Arang

Nie salah satu menu miera :
Set Ikan Bakar



Nampak sedap kannn..so korang jangan tunggu lagi...Pergilah serbu kedai ikan bakar nie..memang terbaik..

Nak lokasi??

No.49 Jalan Keluli AL 7/AL, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor
Masa Operasi :
9:00pg - 7:00ptg
No Tel :019-561 9760
Facebook :
https://www.facebook.com/arang.ikanbakar/timeline


Note: Tutup setiap hari isnin(kata owner kedai la)

Wednesday 4 November 2015

Vitamin C Shaklee: Fungsi Vitamin C Pada Kulit dan Tubuh Kita







Vitamin C atau dikenal dengan asid absorbic ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembentukan kolagen yang membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh serta membantu penyerapan zat besi.
Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya


KEBAIKAN VIT C PADA KULIT
  • Memperbaiki tekstur kulit yang kusam dan pucat
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Mengurangkan proses pigmentasi akibat pengaruh UV B
  • Meningkatkan sintetis kolagen
  • Sebagai antioksidan
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit

KEBAIKAN VIT C PADA BADAN


1. Mencegah stroke

Ada banyak bukti bahawa diet tinggi antioksidan yang kaya buah dan sayuran membantu mengurangkan penyakit kardiovaskular. Namun beberapa study penting menunjukkan bahwa mereka dengan pengambilan vitamin C dalam tubuh mereka, risiko untuk menderita stroke (terutama pada wanita) semakin menurun

2. Melawan kanser

Beberapa penelitian menunjukkan bahwa beberapa wanita yang megambil banyak vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan suplemen), memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payudara.

3. Meningkatkan mood

Sejak dulu sudah diketahui bahawa kekurangan vitamin C dapat menyebabkan perubahan psikologis. Belum lama ini, peneliti dari McGill University menunjukkan bahawa pemberian suplemen vitamin C (500 mg dua kali sehari) bagi pesakit mental yang kekurangan vitamin C, secara signifikan membantu meningkatkan mood mereka

4. Mengubati infeksi vagina (BV)

Infeksi vagina merupakan penyebab paling umum dari keputihan dan biasanya menimbulkan bau tidak sedap, yang mempengaruhi hingga 30 persen wanita hamil dan sepersepuluh wanita yang tidak hamil. Dua studi terbaru menunjukkan bahwa pemberian vitamin C tablet untuk vagina (250 mg selama enam hari) dapat mengubati bacterial vaginosis (BV) dengan cara menurunkan pH vagina .

5. Memperbaiki kulit

Vitamin C adalah antioksidan yang paling banyak diperlukan kulit, di mana ia membantu meneutralkan radikal bebas yang menumpuk akibat  sinar matahari dan usia. "Pemberian vitamin C yang dikombinasi dengan bahan lain, memperbaiki beberapa tanda-tanda penuaan termasuk garis-garis halus, pigmentasi tidak merata, warna kulit dan tekstur," kata Dr Mariusz Sapijaszko, direktur medis dari Youthful Image Cosmetic Surgery Clinic dan seorang profesor dermatologi di University of Alberta.

Pilihan saya mestilah VITAMIN C SHAKLEE
INFO TAMBAHAN 
1 TABLET VIT C = 7 SETENGAH BIJI OREN
180 TABLET VIT C =???(sila kira sendiri..kua..kua..kua)
========
Untuk konsultansi, hubungi miera

============
FB   :https://www.
facebook.com/ayumiera
Blog : ayumiera.blogspot.com
HP   : 016-2067484 (ayumiera)
==================

Tuesday 3 November 2015

Assalamualaikum, 

-----------------

Korang pernah tak alami keadaan seperti ni:

*Pegi keje awal pagi
*Smpi tmpt keje xsmpt makan pulak tu jadinye
*Mengantuk ditempat kerja
 
*Kemudian balik dr keje traffic jam
*Mata kuyu aje odw balik ke rumah tu

Smpi kat umah lepas mandi dan solat; pi tgk tv..tertido plak depan tv

Pastu dah siap kunci pintu rumah semua; masuklah tido
Xdpat tido plak tu
agak banyak pk kot!

----------

Ini adalah salah satu kesan dr gaya hidup yang tidak sihat + pemakanan kurang khasiat

Kita memang sedia tau tetapi apa kita nak buat ya??

Ha, arini miera nak CADANGKAN kombinasi set

Basic Health Combo
1.Bcomplex
2.Vitalea*
3.CinchTea
4.OsteMatrix


yang boleh bantu anda atasi masalah2x ini

  3 manfaat lepas guna Basic Health Combo

1. Badan lebih bertenaga dan semangat.Vitalea dan Bcomp bantu beri tenaga booster
2. Mata segar sepanjang pemanduan.Cinch Tea tingkatkan metabolisma badan menjadikan kt rasa segar bugar
3. Tidor lebih lena!IOsteMatrix bantu kurangkan stress badan kt tu

Alhamdulillah, inilah manfaat Shaklee dlm hidup seharianan
Best kan!

Boleh diguna suami isteri mak ayah

Ha.semua nk sihat

Alhamdulillah







Wednesday 5 August 2015

BUAT APA YANG KITA SUKA

Kita buat apa yang kita suka dan kita ikhlas untuk lakukan..
Bila mana kita kena paksa buat sesuatu yang kita tak suka..maka akan kita akan merungut itu ini..betul tak??anggukan aje la..

Macam miera dulu..miera dulu memang tak suka buat bisnes online..malah tak percaya pun pada peniaga online ni..tapi bila kat fn tu ramai sangat yang berjaya dengan bisnes online ni..baru miera percaya bahawa bisnes ni tak semestinya offline je..online pun boleh maju..malah boleh kaya tau!!!

Macam miera sekarang..miera hanya buat suka-suka je..sambil cari side income je sebabkan ekonomi malaysia sekrg nie..Tapi,alhamdullilah..walau sales tak selebat hujan,ok la untuk isi minyak kete wat g keje hari-hari kan,tu pun sebab buat main-main jek :-)

Tapi apa-apa pun yang kita buat..hati kena kental..jiwa kena keras...mental kena kuat..dan sentiasa berfikiran positive...dan yang paling penting buat kerana  "ALLAH" ..Baru la apa yang kita buat tu dikira ikhlas :-)

ok bye...bye..see u again





Tuesday 4 August 2015

JODOH DARI ALLAH



 
Entry kali ini saya ingin berkongsi kan serba sedikit mngenai jodoh, selalunya apabila pasangan lelaki dan perempuan bercinta, pasti mengharapkan hubungan yang dibina akan kekal dan sampai ke jinjang pelamin. Namun, bagaimana pula seandainya hubungan yang dibina tidak berkekalan, usah bersedih, yakinlah dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita. Percaya atau tidak, sebenarnya jodoh yang anda cari berada bedekatan dengan anda. Anda mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tau satu hari nanti anda akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan anda. Bahkan anda akan jatuh cinta dengan seseorang yang anda kenal suatu masa dahulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh-jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.

Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh anda adalah daripada kenalan anda suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara anda yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk anda tetap juga sampai nanti.







Sebenarnya jika kita perhatikan betul-betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ini. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu suah ditakdirkan untuk menjadi pasangan anda, ia tetap menjadi milik kita. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.

Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi, Baiklah, sekarang adalah situasi dimana anda sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Anda sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama-sama. Tidak dinafikan pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang akan datang untuk menguji cinta anda kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengeruhkan hubungan anda. Di sinilah sebenarnya anda kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat berputus asa.

Okay, jika anda berdua berjaya mengaharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk anda. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah-olah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Anda pula dah mula rasa kecewa, pasrah da redha atas apa saja yang bakal trjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan anda berdua kembali seperti dulu lagi. Malah, mungkin semakin memahami dan bahagia.

Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan anda rasa putus asa, Allah akan tunjukkn kita jalan untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh anda kuat bersama si dia. InsyaAllah, banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa-apa pun ia bergantung pada sikap kita sendiri. Jika anda jenis yang cepat putus asa dan mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita, ia pasti milik kita..! Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah lama berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin..! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita. Mungkin Allah mahu anda berpisah untuk memperbaiki diri masing-masing dang menguji rasa cinta antara anda. Hakikat ayat ini, "Kalau dah jodoh, ia tetap jodoh" sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh anda bukan bersama seseorang yang anda cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.

Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk anda. Tidak mudah, anda perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh anda, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan anda. Tetapi, jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik anda. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah, Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba-Nya.

Mintalah kepadaNya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah Solat Istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu anda dalam membuat keputusan. Jika anda dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk anda, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang anda rasa sekarang adalah bayaran untuk kita di masa akan datang nanti, insyaAllah.

Jangan serahkan pada takdir semata-mata. Soal jodoh memang milik Allah, tetapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata, jodoh tidak perlu dicari, tetapi ia akan datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki atau perempuan, asalkan kita tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.

Jangan kurung diri kita daripada cinta kerana beranggapan jodoh kita sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan kita tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil anda akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamal sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin anda adalah seorang lelaki yang meminati seorang gadis dalam diam. Anda mahu memperisterikan dia. jadi apa yang anda perlu lakukan.

Duduk diam? Salah tu. Sekurang-kurangnya anda harus mencuba. Belum cuba, bekum tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersamanya selama-lamanya!

Jadi, jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini. insyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal-awal dah putus asa.

Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta itu, jagalah elok-elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga anda.

Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk anda. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi anda dah dapat, kenapa kena sia-siakan? Jaga hubungan elok-elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir memanglah takdir, tapi usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyanyangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua. InsyaAllah.. :)

*Sebab itulah kita jangan mudah berputus asa dlam percintaan. Kekecewaan dan kesedihan adalah lumrah dalam kehidupan. Jangan sesekali menyeksa diri sendiri kerana gagal dalam percintaan, jadilah seorang manusia yang ada pegangan, ingat, JODOH ITU RAHSIA ALLAH, kita sebagai manusia hanya perlu berusaha..*





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Post Saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...