Sunday 5 July 2015

Tips Berjimat di Hari Raya




Berjimat ada kelebihan yang tersendiri berbanding meningkatkan pendapatan, samalah jugak untuk berjimat di hari raya adalah lebih praktikal berbanding meningkatkan pendapatan untuk berbelanja di hari raya. Kalau nak tambah pendapatan, tu, memang memerlukan usaha dan kene tahu caranya. while possibility untuk tambah pendapatan itu tiada had, tapi lets face reality, walaupun sangat terhad penjimatan yg dpt dibuat, tapi tak dinafikan yg ianya lebih mudah berbanding mengeluarkan modal dan berniaga di Pasar ramadan mahupun mengambil upah menjahit langsir

Apa yang akan saya listkan ini mungkin paktikal dan jugak mungkin tak praktikal sebab kelihatan macam kedekut, this post is open for discussion. Mari bermula

1) Selaku pihak suami, memakai baju melayu biasanya 2 kali dalam setahun, misalnya baju melayu tahun lepas saya cuma pakai pada raya pertama dan ketika jamuan raya. So instead of setiap tahun beli baju melayu, beli sahaja sewaktu tahun anda beraya dikampung anda, bukan di kampung isteri anda.

2) Buat berbanding beli - Sesetengah orang banyak membeli berbanding buat sendiri, tak kiralah rendang, lemang atau ketupat dan terutama sekali kuih raya, kalau buat sendiri lebih menjimatkan, provided pandai buat laa

3) Masak cukup - cukup sudah - ada masa raya, pembaziran memang ketara, kalau masak rendang tu satu kuali besar, bila tak habis jadi perangat lagi, masuk hari ketiga, akhirnya ke tong sampah jua. Kadang2 kita terlalu  risau yg juadah hari raya tak cukup, tapi sebenarnya kanak2 mahukan duit raya dan yang dewasa mahukan beramah mesra dan bukan untuk makan dengan banyak, sebab di rumah sebelum ni pun dah makan. Jadi pandai2 budget supaya tak membazir.

4) 1 kali raya 1 kampung - ini lebih ketara berguna jika  kampung anda dengan kampung isteri anda bebeza jauhnya, jadi amatlah menjimatkan jika kita balik 1 kampung sahaja untuk raya dalam tahun itu. Bayangkan bertapa kos minyak, tol dan sebagainya untuk travel back to both kampung

5) Standardkan duit raya yg anda mampu - Ok, this is what i've been doing and still practising it. Kalau nak bagi duit raya itu, saya akan bagi mengikut kadar yang saya mampu beri dimasa saya bergaji biasa-biasa. Sesetengah orang tu kalau ada lebih duit pada tahun tu, dia kasi lebih, problem is bila next yearnya bagi rendah berbanding sebelum ini, people mula make judgement, 'kedekut la dia tahun ini or 'business merudum la tu'. so keep it consistent, and keep it ikhlas mudah mudahan dpt pahala

6) kuih raya yg murah and cukup2 aje - kuih raya memang cantik, tapi taklah berapa laku, menurut pemerhatian aku, kalau jamuan dipejabat tu, mmg brsepah kuih raya yg tak habis time raya yg dikongsikan, hahaha , too bad time jamuan raya dipejabat pun orang tak pandang sangat kuih raya. Anyhow what i'm saying, beli sekadar ambil syarat, just untuk ada sahaja sebab time raya orang attact rendang dan ketupat. Kenyang rendang, kunyah kerepek, sikit jer sentuh kuih raya

7) main menu cuma hari pertama - selain ketupat rendang, atau lemang biasanya akan ada menu 'main' macam mee kari atau bihun sup. Sesetengah rumah tu dari raya pertama smpi raya ke-3 dah ada menu tertentu, misalnya mee bandung raya pertama - soto raya kedua - kotiaw tomyam raya ketiga. Kene pulak buat banyak, mmg mebazir, raya kedua dan seterusnya orang tak

8)tetamu bukan tuan rumah - in my case, saya tetamu di rumah parent saya, berbanding mereka, sy cuma bagi sebahagian duit ( tong - tong) utk perbelanjaan hari raya, selebihnnya di uruskan oleh tuan rumah. jelas jadi tetamu lebih menjimatkan

9) pendekkan masa cuti - lagi lama dekat kampung lagi byk nak dibelanjakan, misalnya raya ke 3, abg long sponsor bahan mentah, raya ke-4 abang ngah pulak, raya ke-5 kita selaku ayah sue tu kene pandai2lah. Kalau cuti lama tu, ada saja jugak agenda berjalan-jalan, raya ke 6 kita sekeluarga ke sunway lagoon, hmm kopak nak bayar tiket dry and wet park

10) berkunjung ke sedikit rumah - lebih rumah dikunjungi, lebih mileage n lebih petrol digunakan, kene pulak rumah tu jauh2. lebih banyak duit raya dikeluarkan, come on, kalau tetiba tuan rumah tu bagi duit raya kt anak ko, segan la pulak tak bagi kat anak dia pulak,

11) gunakan langsir tahun lepas - mahal oo langsir, dobi dan pasang semula aje la, jadilah ia langsir baru jugak, iaitu langsir baru basuh, LOL


some point macam ketara nampak macam kedekut, tapi kata orang kalau tak ada duit buat cara tak ada duit, jangan pulak susah susahkan diri sendiri untuk berhutang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...