Sunday 2 August 2015

STRATEGI KAWAL DIET MUSIM RAYA/KENDURI

Assalamualaikum wbt..sudah lama tak update blog kan..rindu kamu semua :-)
Sebelum tu,..tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari miera sekeluarga.

Mesti syok raya korang kan..raya..raya jugak..tapi kesihatan kena juga dijaga...jangan nanti makan ketupat,lemang..rendang..tak ingat dunia pulak...kang xpasal-pasal berat badan naik nanti..dah elok-elok turun time puasa..tapi time raya naik berkilo-kilo..erk????

Sama jugak musim kenduri..mesti kita tak boleh nak kawal pemakanan kita kan..Namun sesekali apa salahnya, kan? Rasa ralat dan nafsu makan makin terasa apabila menerima dua atau tiga undangan sekaligus pada hari yang sama. Syukur alhamdulillah rezeki kita.

Usah terlalu risau, makan saja semua yang ada! Cuba kawal pengambilan makanannya, nasi tetap segenggam, perbanyakkan sayur, ambil seketul dua daging sekadar nak merasa bersama protein ayam. Terima sahajalah kesemua undangan perkahwinan itu. Anggaplah pada hari itu adalah hari ‘cheat day’ anda.

Kita digalakan sehari dalam seminggu untuk berehat dan memakan apa sahaja yang kita inginkan. Cuma perlu kecilkan bahagian pemakanannya. Misalnya dari sepinggan kepada setengah pinggan. Dari secawan kepada setengah cawan.

Strategi Menghadapi Musim Kenduri/Raya


1. Senaman pagi

Pada awal pagi lakukan senaman berkualiti seperti melompat tali, berlari laju dan perlahan berselang seli, naik tangga turun tangga atau sekadar berjalan 30 minit di padang permainan/taman perumahan mengikut kemampuan masing-masing. Jika peluh menitis bak air hujan. Itu suatu petanda yang baik bahawasanya senaman anda sudahpun optimum.

2. Sarapan

Bersarapan itu penting untuk memberikan badan anda tenaga, supaya badan mampu bekerja membakar lebihan lemak di dalam badan. Tanpa sarapan badan anda akan lesu, mudah mengantuk dan tidak mampu membantu di dalam penurunan berat anda. Bersarapan la secara ala kadar sahaja misalnya dua biji telur rebus bersama teh O atau kopi O minuman bijirin kurang gula.

3. Minum banyak air

Meminum air masak sebanyak-banyaknya 1-2liter 30minit sebelum berkunjung ke majlis perkahwinan ternyata dapat mengurangkan selera makan anda. Abaikan tip ini jika hari ini adalah hari ‘cheat day’ memang bercadang nak makan banyak.

4. Senaman petang/malam

Lakukan beberapa senaman ringkas di dalam rumah seperti melompat tali, lompat bintang atau beberapa rutin yang anda suka, asalkan peluh dapat dikeluarkan. Jangan pilih rutin senaman menyusahkan yang tidak mampu anda lakukan. Matlamat utama senaman ialah mengeluarkan peluh. Ini sekurang-kurangnya dapat membakar kalori makanan yang telah kita makan siang tadi.

5.  Snek pagi dan petang

Memakan sebiji buah-buahan atau sebarang jus buah tanpa gula (jika perlu).

6. Makan malam

Cukuplah sekadar memakan ulam-ulaman sambil meratah ikan bakar atau dada ayam panggang. Cuba abaikan sebarang karbohidrat (seperti nasi, roti, mee, mihun, biskut) ketika ini. Jika masih terasa lapar minumlah banyak air masak atau sebarang jus buah-buahan tanpa gula.

7. Tidur

Tidur secukupnya, 7-8jam membantu badan bekerja membakar lebihan lemak badan sehingga 500kalori.

Selamat mencuba n selamat berdiet  :-)



3 comments:

  1. Puasa bulan diet..raya bulan rosak diet..ekeke..tips yg berguna..tq miera!

    ReplyDelete
  2. aah..betul tu..tq ena sudi singgah

    ReplyDelete
  3. aah..betul tu..tq ena sudi singgah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...