Assalamualaikum
wbt..
Ramai
sebenarnya yang tidak pentingkan pengambilan air putih dengan secukupnya.Sebenarnya
kalau kita tidak cukup pengambilan dalam badan kita,kita akan dapat macam-macam
pelbagai penyakit dan Kajian menunjukkan kehilangan 2% cecair badan boleh
menyebabkan :
1. Lemah daya
ingatan (ingatan jangka pendek).
2. Sukar
membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar
memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer
atau bahan bacaan bercetak.
4. Tekanan
darah menurun.
5. Jumlah
oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.
6. Lesu pada waktu siang.
7. Sakit
belakang.
8. Dehidrasi.
9. Sakit kepala.
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.
14. Meningkatkan keinginan untuk makan.
15. Darah menjadi lebih pekat .
16. Mudah keliru.
17. Degupan jantung semakin meningkat.
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
20. Gangguan
fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak
mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya
membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.
22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
23. Mudah
terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita
akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat,
rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air
kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
Ramai yang tahu kebaikan air putih tapi ramai yang
malas ambil air putih kerana alasan sering ke tandas.Jom kita didik diri kita
dan keluarga kita betapa penting dan manfaatnya pengambilan air putih ni.
No comments:
Post a Comment