Sunday 11 January 2015




 DIABETES


Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Tanda-tanda hadapi penyakit Diabetes


Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  •  Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  •  Rasa kebas

Pengawalan Diabetes

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

 INDIVIDU YANG BERISIKO TINGGI

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

  •   Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  •   Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  •   Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  •   Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  • Tekanan darah tinggi
  •   Gaya hidup tidak aktif
  •   Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi

Cadangan Supplement Diabetes



1) ESP
  • Membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah dan penyembuhan luka

2) VITA-LEA
  • Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3) GLA COMPLEX
  • Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol

4) VITA-C
  • Mengukuhkan kapilari dan salur darah

5) ZINC COMPLEX
  • Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat

6) ALFALFA COMPLEX
  • Membantu menstabilkan gula dalam darah

Selain produk di atas, jika anda mempunyai bajet yang banyak atau anda memang tidak suka makan suplemen tablet dalam kuantiti yang banyak, anda boleh mencuba VIVIX.
Sangat-sangat berbaloi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...